top of page

EDITOR BLOGSITE SYD4

Fr. Jeffri Gumu (Penasihat SYD4)

Sr. Dora Obod (MOT)

Sr. Terry Loukang (MOT)

Sheerah Yangus

Cindy Edward

Dwana Andrew

Lay Matchella

Eden Low

Evagrace

Charles

Lordkennylister P James

Sepatah kata dari Editor

Salam damai dan salam Sabah Youth Day ke-4.

 

Pada 15 Februari 2015, bersamaan hari Ahad, bertempat di Holy Cross Toboh Tambunan, Sabah Youth Day ke-4 atau SYD4 telah dilancarkan oleh Bapa Uskup Julius Gitom, Uskup Keuskupan Sandakan. Ini bermakna SYD4 secara rasminya bermula. Perjalanan Salib Belia juga akan bermula dari Paroki Toboh ke Paroki St.Theresa Tambunan pada 21 Februari dan seterusnya ke semua Paroki diseluruh Sabah sehinggalah ke Tawau pada 6-10 Jun 2015. 

 

Syukur Tuhan atas berkat-Nya kepada kita dengan pelancaran SYD4 ini bermakna banyak informasi yang perlu di salurkan kepada seluruh belia Katolik di Sabah. Oleh itu komunikasi antara para penganjur dan semua belia amat penting. Maka dengan demikian pihak Komiti Publisiti dan Dokumentasi telah membuka satu portal iaitu WEB SYD4 yang memberi manfaat kepada semua belia Katolik. 

 

Melalui Web SYD4 ini para belia akan dapat mengetahui informasi dan perkembangan semua yang berkaitan dengan SYD4 khasnya Rasional SYD4, Lagu Tema, Logo SYD4 dan cerita tentang Sabah Youth Day. 

 

Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pengendalian WEB SYD4 ini. Bagi mereka yang terlibat dalam proses pembikinan Web ini khasnya kepada rakan sepelayanan Lordkennylister, serta Tim Publisiti & Dokumentasi, Dwana, Lay Mitchella, Sheerah, Sr.Terry, Cindy Edward, Eden, Dorin serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,  saya mengucapkan ribuan terima kasih dan hanya Tuhan yang dapat membalas segala kemurahan anda dari segi masa dan tenaga serta kewangan. 

 

Marilah kita berdoa agar program SYD4 ini memberi berkat kepada seluruh belia Katolik di Sabah amnya di Malaysia. Marilah kita bersikap bermurah hati seperti Kristus Yesus bermurah hati mengampuni dan memberikan kehidupan kepada kita semua. 

Berbahagialah yang murah hatinya kerana mereka akan beroleh kemurahan ( Matius 5:7). - Team Publisiti

bottom of page